Hai..
Rasanya tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua pembaca blog saya. Tahun baru ni saya target nak upgrade kolam ikan saya dari kanvas bertukar ke kolam simen. Apa pendapat kawan-kawan? Satu lagi..sejak saya dah kerja ni..tak banyak masa saya dapat luangkan pada ternakan saya hinggakan selalu berlakunya kes-kes kehilangan ikan keli ternakan saya. Saya tiada pekerja,kini saya hadkan ternakan ikan keli saya,tanaman sayur alhamdulillah subur...walaupun tak banyak tapi dapat jimatkan sedikit duit dapur rumah saya,hehehe.. Bangsal cendawan pula roboh pada bulan 12 tahun 2008. Cantik je 3-4 hari selepas posting terakhir untuk tahun 2008 tu bangsal cendawan saya roboh gara-gara kekukuhan yang tak mantap. (pertama kali saya bina sendiri,pengajaran...hehehe..) Lagipun bulan 12 tu kan hujan lebat hampir setiap hari,memang time-time tu ada hujan lebat dan ribut, saya dah syak awal-awal. Kini segalanya hancur berderai..tapi semangat saya masih ada!!Sementara bangsal baru yang lebih kukuh akan dibina,saya banyakkan masa untuk mengumpul modal dan belajar tentang biz tani yang saya akan mulakan kembali 1 hari nanti. Kini tumpuan saya lebih pada kerja,biz sambilan yang lain dan banyakkan menimba ilmu mengenai biz pertanian. Kawan-kawan...harap anda semua memberi sokongan pada saya,insyallah...amin.
Baiklah..sampai disini sahaja. Semoga bertemu lagi. :)
Pengedar Dikehendaki Segera!!
Anda mahu menjadi pengedar biskut coklat? Saya mencari wakil sekitar bangi,kajang,putrajaya dan kawasan sekitar serdang.Kerja yang amat mudah. Langkah demi langkah ditunjukkan. Berminat??
SMS dan
anda kepada :-017-7678405.
Tuesday, January 20, 2009
Salam Tahun Baru...
Posted by Muhd.Shairazi Bin Supian. at 1:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comments:
Post a Comment